Mohamad Helmi Mohamad Khalid Fri | Mar 27, 09 | 8:16:26 pm MYT | |
Saya merujuk kepada artikel segmen Dalam Negeri (muka surat 15) Utusan Malaysia bertarikh 24 Mac 2009. Artikel adalah berkaitan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato� Seri Syed Hamid Albar berhubung penggantungan permit dua akhbar iaitu Harakah dan Suara Keadilan. Saya memetik antara alasan menteri tersebut kenapa dua akhbar ini digantung permit serta merta selama tiga bulan. Dikatakan akhbar berkenaan telah menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat. Menteri berkenaan turut berkata, "KDN mendapati Harakah dan Suara Keadilan banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas." (tetapi tidak disertakan bukti atau contoh kesalahan yang telah dilakukan). Sepatutnya TV3 yang selayaknya digantung permit. Apa yang ingin saya persoalkan adalah beberapa siaran berita oleh stesyen TV3 terhadap kerajaan negeri Kedah sejak setahun lalu. Antaranya putar belit dan pembohongan, hasutan serta fitnah yang jelas mengenai isu penggunaan Jet Eksekutif oleh Menteri Besar, pembukaan ladang ternakan babi di Bukit Selambau, dan terakhir isu salah seorang Exco Kerajaan yang dituduh menderhaka. Semua itu terbukti adalah tuduhan liar dan tidak berasas sama sekali, hanya melalui kandungan surat layang, TV3 dengan bongkak menyiarkan berita mengenai Exco derhaka, adakah ini tidak terkandung sebagai berita yang tiada asas, menghasut dan tuduhan liar. Contoh paling mudah ingin saya sebutkan bahawa TV3 Kedah selama ini hanya berbohong, berilusi, berangan-angan, berniat jahat, menghasut, memutarbelitkan fakta, tuduhan liar dan tidak berasas adalah kerana wartawannya, TIDAK PERNAH langsung menemubual atau hadir dalam mana-mana sidang akhbar oleh pihak kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Jelas, semua berita-berita yang digambarkan selama ini oleh TV3 mengenai kerajaan Negeri Kedah tidak melalui asas atau sumber yang tepat. Nampaknya, Menteri berkenaan juga telah memutarbelitkan fakta, mengelirukan dan menghasut untuk orang ramai tidak mempercayai dua akhbar tadi dengan tidak membentangkan apa kesalahan yang telah dilakukan. Setiausaha Akhbar, |
JANGAN ABAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA
SEPOHON KAYU
DAUNNYA RIMBUN
LEBAT BUNGANYA
SERTA BUAHNYA...
WALAUPUN HIDUP 1000 TAHUN
KALAU TAK SEMBAHYANG
APA GUNANYA...
DAUNNYA RIMBUN
LEBAT BUNGANYA
SERTA BUAHNYA...
WALAUPUN HIDUP 1000 TAHUN
KALAU TAK SEMBAHYANG
APA GUNANYA...
SEJARAH PENULIS
Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Bapaku seorang pekerja di Jabatan Pertanian (MADA) sebagai Tukang K2 & ibuku bekerja sebagai guru Sekolah Menengah. Masa berumur 5 tahun aku tinggal di Kg. Titi Baru, Kepala Batas, Alor Star di rumah nenek bersama bapa & ibuku. Dibesarkan & bersekolah di Jitra, yang dahulunya sebuah pekan yang kecil & sunyi (1984), jauh dari hiruk-pikuk & kesibukkan jalan raya seperti di Alor Setar. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra sehingga tamatnya darjah enam. Semasa di tingkatan 1, aku bersekolah di Sekolah Menengah Seri Mahawangsa. Tetapi ia tidak lama, hanya dalam 2-3bulan berikutnya aku ditukarkan ke sekolah yang telah aku pohon selepas UPSR (masa tu sekolah penuh sangat) iaitu Sekolah Menengah Jitra. Kebetulan ibuku juga mengajar di situ sebagai guru Pendidikan Seni & Bahasa Malaysia tingkatan 1. Semasa di sekolah, aku bergiat cergas didalam Persatuan Bulan Sabit Merah Unit 08 sebagai Quarter Master (tingkatan 3) & Naib Pengerusi / Sarjan Mejar (tingkatan 5). Aku menamatkan pelajaran di Sekolah Menengah sehingga tingkatan 5 (SPM) dan kemudiannya aku menyambungkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian iaitu Institut Kemahiran Mara di Alor Setar dalam tahun 1998.
Dalam tahun 1998 juga, aku kembali bergiat di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah di daerah aku tinggal iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah VAD Unit 26 Jitra. Semasa di dalam VAD 26, aku hanya memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa & mengajar pelajar-pelajar sekolah tentang asas kawad kaki. Sekitar tahun 2005, Pekan Jitra yang pernah aku diami dengan sunyi tidak lagi seperti dulu dengan kemunculan banyak perubahan pembangunan yang tumbuh seperti cendawan. Dulu masa sekolah menegah, kalau nak tengok wayang, karaoke, pusat hiburan, lepak kat shopping kompleks, kena ke 'Uptown' (Alor Setar). Kini tahun 2009, panggung wayang, sukan bowling, karaoke, pusat hiburan, sukan futsal & sebagainya semua ada di Pekan Jitra yang aku kenali sejak dari tahun 1984 masa mula-mula aku jejaki. Masa berubah terlalu pantas. Kini aku telah menjangkau umur sekitar 30-an. Aku masih lagi bergiat macam tahun 1998 hingga tahun 2002, kini bukan lagi dalam VAD 26, tetapi di dalam Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra merangkap ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kubang Pasu, Kedah Darulaman. Aku kini memegang jawatan sebagai Naib Komandan Unit 4. Semakin besar jawatan yang dipegang, semakin berat tanggungjawab yang akan aku lakukan. Semuanya dari sikap keprihatinan & kerjasama dalam nilai kesukarelaan yang telah aku pupuk sejak di Sekolah Menengah lagi. Kini aku bekerja di sebuah syarikat swasta yang agak kukuh di Malaysia. Bertapak di tengah kota Kuala Lumpur. Aku bekerja di Malaysian Maritime Dredging Corporation, Setiawangsa, KL dalam jawatan yang sederhana & sesuai dengan pengalamanku iaitu 'Site Clerk & Logistic Officer'. Kini aku bertapak di Kuala Kedah sehingga tamatnya projek dari syarikat tempat aku bekerja dalam pertengahan bulan April 2009. Kemudian berkemungkinan aku akan kembali ke Kuala Lumpur (HQ) atau ke tapak projek yang baru dijalankan di Batu Pahat, Johor. Namun hatiku untuk meninggalkan seketika Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra dengan berat & hiba sekali. Aku mungkin tidak dapat lagi memberi kerjasama kesukarelaan bersama kawan-kawan seperjuangan di dalam BSMM seperti dulu kerana sibuk dengan urusanku. Namun, hidup mesti diteruskan. Walau apapun terjadi. Aku bernekad mahu teruskan usahaku menjadi insan berjaya dalam apa jua bidang & demi masa depanku membina keluarga. Ku teruskan jua dalam urusanku di pekerjaan sekarang. Alahmdulillah, aku bersyukur kerana Allah membuka pintu rezeki kepadaku. Semoga aku dapat berjaya dalam kehidupan & kebahagian bekerluarga kelak.Insya-Allah..

Saturday, March 28, 2009
TERKINI PUNYA PANAS
Patut TV3 digantung,bukannya Harakah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment