JANGAN ABAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA

SEPOHON KAYU
DAUNNYA RIMBUN
LEBAT BUNGANYA
SERTA BUAHNYA...

WALAUPUN HIDUP 1000 TAHUN
KALAU TAK SEMBAHYANG
APA GUNANYA...

SEJARAH PENULIS

Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Bapaku seorang pekerja di Jabatan Pertanian (MADA) sebagai Tukang K2 & ibuku bekerja sebagai guru Sekolah Menengah. Masa berumur 5 tahun aku tinggal di Kg. Titi Baru, Kepala Batas, Alor Star di rumah nenek bersama bapa & ibuku. Dibesarkan & bersekolah di Jitra, yang dahulunya sebuah pekan yang kecil & sunyi (1984), jauh dari hiruk-pikuk & kesibukkan jalan raya seperti di Alor Setar. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra sehingga tamatnya darjah enam. Semasa di tingkatan 1, aku bersekolah di Sekolah Menengah Seri Mahawangsa. Tetapi ia tidak lama, hanya dalam 2-3bulan berikutnya aku ditukarkan ke sekolah yang telah aku pohon selepas UPSR (masa tu sekolah penuh sangat) iaitu Sekolah Menengah Jitra. Kebetulan ibuku juga mengajar di situ sebagai guru Pendidikan Seni & Bahasa Malaysia tingkatan 1. Semasa di sekolah, aku bergiat cergas didalam Persatuan Bulan Sabit Merah Unit 08 sebagai Quarter Master (tingkatan 3) & Naib Pengerusi / Sarjan Mejar (tingkatan 5). Aku menamatkan pelajaran di Sekolah Menengah sehingga tingkatan 5 (SPM) dan kemudiannya aku menyambungkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian iaitu Institut Kemahiran Mara di Alor Setar dalam tahun 1998.

Dalam tahun 1998 juga, aku kembali bergiat di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah di daerah aku tinggal iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah VAD Unit 26 Jitra. Semasa di dalam VAD 26, aku hanya memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa & mengajar pelajar-pelajar sekolah tentang asas kawad kaki. Sekitar tahun 2005, Pekan Jitra yang pernah aku diami dengan sunyi tidak lagi seperti dulu dengan kemunculan banyak perubahan pembangunan yang tumbuh seperti cendawan. Dulu masa sekolah menegah, kalau nak tengok wayang, karaoke, pusat hiburan, lepak kat shopping kompleks, kena ke 'Uptown' (Alor Setar). Kini tahun 2009, panggung wayang, sukan bowling, karaoke, pusat hiburan, sukan futsal & sebagainya semua ada di Pekan Jitra yang aku kenali sejak dari tahun 1984 masa mula-mula aku jejaki. Masa berubah terlalu pantas. Kini aku telah menjangkau umur sekitar 30-an. Aku masih lagi bergiat macam tahun 1998 hingga tahun 2002, kini bukan lagi dalam VAD 26, tetapi di dalam Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra merangkap ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kubang Pasu, Kedah Darulaman. Aku kini memegang jawatan sebagai Naib Komandan Unit 4. Semakin besar jawatan yang dipegang, semakin berat tanggungjawab yang akan aku lakukan. Semuanya dari sikap keprihatinan & kerjasama dalam nilai kesukarelaan yang telah aku pupuk sejak di Sekolah Menengah lagi. Kini aku bekerja di sebuah syarikat swasta yang agak kukuh di Malaysia. Bertapak di tengah kota Kuala Lumpur. Aku bekerja di Malaysian Maritime Dredging Corporation, Setiawangsa, KL dalam jawatan yang sederhana & sesuai dengan pengalamanku iaitu 'Site Clerk & Logistic Officer'. Kini aku bertapak di Kuala Kedah sehingga tamatnya projek dari syarikat tempat aku bekerja dalam pertengahan bulan April 2009. Kemudian berkemungkinan aku akan kembali ke Kuala Lumpur (HQ) atau ke tapak projek yang baru dijalankan di Batu Pahat, Johor. Namun hatiku untuk meninggalkan seketika Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra dengan berat & hiba sekali. Aku mungkin tidak dapat lagi memberi kerjasama kesukarelaan bersama kawan-kawan seperjuangan di dalam BSMM seperti dulu kerana sibuk dengan urusanku. Namun, hidup mesti diteruskan. Walau apapun terjadi. Aku bernekad mahu teruskan usahaku menjadi insan berjaya dalam apa jua bidang & demi masa depanku membina keluarga. Ku teruskan jua dalam urusanku di pekerjaan sekarang. Alahmdulillah, aku bersyukur kerana Allah membuka pintu rezeki kepadaku. Semoga aku dapat berjaya dalam kehidupan & kebahagian bekerluarga kelak.Insya-Allah..

SOALAN KUIZ MINGGU INI



Wednesday, March 18, 2009

Aksi jijik budak sekolah merakam pelajar perempuan diraba beramai-ramai - June 18, 2008

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemuda PAS Wilayah) mengutuk tindakan jijik pelajar-pelajar sekolah yang melakukan aksi lucah, meraba serta merakamkan kegiatan tidak bermoral itu untuk disebarkan melalui telefon bimbit. Pendedahan muka depan akhbar Harian Metro yang bertajuk “Aksi jijik budak sekolah” hari ini amat mendukacitakan dan mengaibkan kita. Pemuda PAS Wilayah mengesa agar pihak Polis dan Kementerian Pelajaran Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap perkara ini. Tindakan biadap ini telah menjatuhkan imej institusi pendidikan negara ini. Kita gah dengan pelbagai sistem dan program pendidikan yang dikatakan antara yang paling baik dirantau ini. Namun disebalik gahnya pakaian seragam sekolah yang kita banggakan selama ini, pelajar-pelajar kita semakin hanyut dengan dunia remaja mereka. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak hingga menyediakan mereka telefon bimbit yang begitu canggih serta boleh merakam gambar dan disalah gunakan seperti ini amatlah dikesali. Tidak salah untuk ibu bapa menyediakan telefon bimbit untuk memudahkan mereka menghubungi anak-anak mereka pada bila-bila masa, tetapi perlu ada pemantauan yang kerap dan telefon bimbit berkamera bukanlah satu keperluan penting pada usia mereka yang masih mentah untuk menilai sesuatu yang baik atau yang buruk. Akal budi mereka masih muda dan perlu dididik dengan baik lagi.
Ibu bapa kini juga seharusnya bersikap sensitif terhadap kisah-kisah jenayah dan seks bebas khususnya yang berlaku kalangan anak-anak remaja dan pelajar sekolah masa kini. Remaja memang tidak suka dikongkong tetapi itu tidak bermakna mereka harus diberikan kebebasan tanpa batasan sebegini. Ibu bapa perlu memerhatikan anak-anak mereka, mengenali kawan-kawan mereka dan tahu aktiviti mereka diluar rumah atau diluar waktu persekolahan.

Ibu bapa juga perlulah memperbanyakan masa bersama mereka dan memahami masalah mereka serta berkongsi kehidupan bersama mereka dalam erti kata yang sebenar bukannya sekadar ikatan antara anak dan ibu bapa sahaja. Diusia semuda ini, mereka perlukan ramai kawan dan ibu bapalah kawan mereka yang terbaik.

Sekali lagi, Pemuda PAS Wilayah menegaskan agar pihak Kerajaan dan Polis mengambil langkah-langkah drastik terhadap perkara ini demi menjaga nama baik institusi pendidikan dan akhlak pelajar di negara ini. Kita tidak mahu negara ini diwariskan kepada generasi yang rosak seperti ini. Kita mahu negara ini kelak dipimpin oleh mereka yang berakal, berdisiplin dan sensitif terhadap masa depan mereka dan negara.

Herman Samsudeen Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

USAHAWAN: KOSMO

Usahawan susu segar

Lima peserta yang mengusahakan penternakan lembu susu secara berkelompok dengan 144 ekor lembu mampu menghasilkan susu segar sebanyak 354,000 liter setahun.


MUSTAPA MOHAMED (dua dari kiri) melihat proses memerah susu lembu ketika melawat Projek Kelompok Tenusu Sungai Durian, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.


Walaupun hanya mempunyai pendidikan setakat darjah enam, Sukeri Mamat berusaha membebaskan kehidupannya daripada belenggu kemiskinan.

Bekas pekerja kilang itu telah menceburkan diri dalam industri penternakan lembu susu. Selepas 19 tahun, Sukeri kini bersyukur dengan pendapatannya yang melebihi RM3,500 sebulan hasil titik peluhnya memelihara lembu susu.

Beliau yang kini bergelar usahawan susu lembu memulakan kerjayanya menternak lembu susu pada 1990 dengan modal RM30,000.

"Pada waktu itu saya hanya mempunyai 19 ekor lembu induk kerana ia merupakan peringkat permulaan dan saya pun takut juga jika gagal.

"Tetapi hasil galakan dan tunjuk ajar dalam bidang ternakan lembu susu serta penyediaan pemasaran untuk susu cair yang disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan, kini saya boleh berbangga dengan pencapaian saya," kata beliau ketika ditemui di ladang ternak lembu susu Sungai Durian, Pasir Puteh, Kelantan.

Hari ini, Sukeri, 34, mempunyai 55 ekor lembu induk susu.

Menurut Sukeri, JPV menyediakan ladang itu bagi membolehkan peserta menjalankan penternakan lembu tenusu di kampung berkenaan.

Susu lembu tersebut akan diperah dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang dengan menggunakan mesin pemerah mudah alih untuk perahan yang bersih.

"Anggaran pendapatan sebulan hasil jualan susu pula sebanyak RM3,500. Ia mencukupi bagi menyara isteri dan dua orang anak," kata beliau.

Beliau merupakan antara lima peserta dalam projek JPV di ladang tenusu tersebut yang membabitkan kawasan seluas lebih 50 hektar.

Terletak di pinggir Bukit Seligi dan bersempadan dengan Jajahan Machang, ladang tersebut dikenal pasti sebagai salah satu daripada kawasan yang paling sesuai untuk penternakan tersebut.

Daripada kawasan terbiar yang dipenuhi dengan hutan, ladang tersebut kini dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan asas. Ini termasuklah jalan yang berturap tar dan bangunan pejabat operasi, selepas dibuka pada tahun 1990.

Lima peserta yang mengusahakan ladang berkenaan secara berkelompok dengan 144 ekor lembu mampu mengeluarkan susu segar sebanyak 354,000 liter bernilai RM531,000 setahun.

Selain Sukeri, empat lagi peserta yang juga penduduk tempatan ialah Ismail Zakaria, Ibrahim Abdul Ghani, Azman Che Mat dan Shahrul Bakri Abdullah.

Ibrahim Abdul Ghani, 59, pula berkata, beliau memulakan kerja itu pada tahun 1993 dengan mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM20,000 daripada hasil wang simpanannya untuk membeli 11 ekor lembu.

"Sehingga kini saya memiliki sebanyak 27 ekor lembu dan pendapatan saya hasil menjual susu pula kira-kira RM2,000 sebulan," kata beliau.

Pengarah JPV Kelantan, Datuk Dr. Mohd Zairi Serlan berkata, jabatannya menyediakan kawasan padang ragut yang ditanam dengan rumput humidicola (Brachiariahumidicola) dan rumput napier (penissetum purpureum) yang dikenali juga sebagai rumput gajah bagi memastikan lembu itu sentiasa sihat dan produktif.

"Selain meragut dan makan rumput, lembu-lembu berkenaan juga diberi makan dedak formulasi untuk mengekalkan prestasi penghasilan susu," katanya.

Pengendalian susu dari ladang berkenaan diusahakan oleh Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), Pasir Puteh yang hasil perahannya dikumpulkan setiap hari ke dalam tangki pendingin berkapasiti 300 liter.

Susu berkenaan diproses menerusi pelbagai ujian makmal untuk memastikan kualitinya sebelum dijadikan susu segar yang dipasteur, berperisa dan dijadikan dadih.

Harga susu itu dibayar setiap awal bulan oleh PPIT pada kadar RM1.50 sen seliter yang dikreditkan ke akaun setiap penternak.

Beliau berkata, peserta berkenaan telah menunjukkan daya saing yang tinggi di kalangan penternak tenusu bersaiz kecil dan separa komersial.

"Pengurusan yang baik telah mendorong jabatan saya untuk menyokong supaya ia dinaik taraf memandangkan potensi industri itu amat baik pada masa depan. Ini termasuklah kemudahan asas dan memperbaiki tahap biosekuriti bagi mengelak kejadian penyakit pada ternakan," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, negara menyasarkan pengeluaran 1.1 bilion liter susu cair setahun dalam usaha memenuhi keperluan susu domestik dan mengembangkan perusahaan tenusu tempatan.

Beliau berkata, perusahaan tenusu mempunyai potensi yang tinggi kerana tahap pengeluaran dalam negara masih rendah iaitu pada 51 juta liter setahun atau pada kadar 4.6 peratus sahaja daripada keperluan. - Bernama

"ZAMAN DAH BERUBAH..., DUNIA DAH MAJU"

Aksi jijik budak sekolah

IPB Image

KUANTAN: Perbuatan merakam aksi lucah melalui telefon bimbit bukan saja mudah dilakukan, malah kini makin menjadi-jadi.

Terbaru membabitkan klip video memaparkan sekumpulan pelajar lelakisekolah menengah mencabul seorang pelajar perempuan di tepi parit.

Selepas klip video aksi kurang ajar kumpulan Mat Rempit merakam aksimelampau mereka mencabul seorang gadis bertudung disebar menggunakantelefon bimbit baru-baru ini, kini klip video terbaru bertajuk ‘budaksekolah berani’ itu hangat diperkatakan di kalangan pelajar.

Rakaman tiga minit sembilan saat itu menunjukkan tiga hingga empatpelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah rakus meraba tubuhgadis itu yang juga memakai seragam sekolah iaitu baju kurung putih dankain biru muda.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagaiArsyad Khan, 45, berkata dia menemui klip video perbuatan jijik pelajarsekolah terbabit dalam telefon bimbit anak lelakinya berusia 16 tahun.

Katanya, dia memeriksa telefon bimbit itu selepas terdengar perbualan anaknya dengan seorang rakan sebaya di luar rumah.

“Ketika itu, saya berehat sambil bersandar di tepi tingkap. Tak lamakemudian, seorang rakan anak saya datang dan mereka berbual di luarrumah berhampiran tempat saya bersandar.

“Awalnya, merekaberbual perkara biasa. Namun, lama-kelamaan perbualan mereka menjuruskepada perkara berbaur lucah membuatkan saya memasang telinga untukmengetahui apa yang mereka bualkan,” katanya.

Arsyad turut mengintai kedua-dua remaja itu di sebalik cermin tingkap dan mendapati masing-masing memegang telefon bimbit.

Dia mengesyaki anak dan rakannya mungkin menonton sesuatu yang kurang elok dalam telefon bimbit mereka.

Atas rasa ingin tahu, dia memanggil anaknya dan meminta telefon bimbit itu untuk diperiksa.

“Anak saya mendakwa dia dan rakan hanya melihat klip video biasa danenggan menyerahkan telefon bimbitnya. Namun, sebagai bapa saya berkerasmeminta telefon bimbit itu,” katanya.

Katanya, dia terkejutapabila mendapati telefon bimbit itu mengandungi klip video aksi lucahyang dirakam sekumpulan pelajar sekolah menengah.

Rakaman itu menunjukkan seorang gadis tidak bertudung ditelentangkan di tepi parit sedang dicabul beberapa pelajar lelaki

Seorang lagi pelajar merakam perbuatan itu daripada pelbagai sudut.

Menurutnya, dia jijik melihat perbuatan pelajar sekolah terbabit yang diumpamakan sebagai binatang.

“Perbuatan mereka macam binatang kerana tak segan-silu mencabul gadis,apatah lagi di tempat terbuka pada waktu siang. Pelajar perempuan itutidak diketahui keadaannya sama ada rela diperlakukan sedemikian ataudikhayalkan pelajar lelaki terbabit.

“Ada kemungkinan merekaterikut-ikut dengan aksi lucah yang melambak di pasaran gelap sekarang.Saya kesal kerana jika pada usia remaja sudah menunjukkan perbuatanyang melampau, apa akan jadi apabila mereka meningkat dewasa,” katanya.

Kata Arsyad, anaknya mendakwa klip video itu diperoleh daripada rakan yang dipindahkan melalui ‘bluetooth’.

Ini yang mendorong anaknya memiliki klip video itu kerana ia dimiliki ramai rakannya.

“Bagaimanapun, saya menasihatinya jangan lagi menyimpan klip video seperti itu kerana boleh merosakkan akhlak.

“Saya bimbang jika penyebaran klip video ini di kalangan pelajar tidakdikawal, ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka kepada gejala seksbebas,” katanya.

Mengulas gejala semakin teruk dilakukansesetengah remaja gila seks, penganalisis jenayah, Kamal AffendiHashim, berkata golongan itu cuba meniru adegan lucah daripada klipvideo yang pernah ditonton dengan merakam sendiri aksi lucah merekabersama rakan.

“Gejala ini bukan perkara baru, ia kerapdibangkitkan terutama dalam media. Namun, sikap ibu bapa yang mahumelindungi perbuatan anak mereka kerana bimbang dikenakan hukuman beratmembuatkan masalah ini dianggap terpencil.

“Realitinya, perkarasebegini berlaku bukan saja di bandar, malah di mana-mana. Masalahbertambah besar jika ia berlaku di sekolah tetapi pihak sekolah tidakmelaporkan kepada pihak berkuasa kerana bimbang mendapat prestasiburuk,” katanya.

Baginya, disebabkan pihak sekolah merahsiakanperbuatan itu, langkah pencegahan sukar diambil kerana pelajarmenganggap ia bukan kesalahan besar.

Apabila tiada tindakantegas diambil, kesannya pelajar terbabit akan menjadikan perbuatanmencabul itu sebagai tabiat hingga dewasa.

“Lebih buruk,keseronokan yang dilakukan tanpa memikirkan risikonya itu bakalmendorong pelakunya melakukan jenayah seksual,” katanya.

Sehubungan itu, Kamal Affendi meminta pengurusan sekolah dan PersatuanIbu Bapa dan Guru (PIBG) memandang serius isu seks bebas di kalanganpelajar supaya dapat menangani gejala negatif itu.

“Lazimnya,apabila jenayah dilakukan pelajar, ia cuba ditutup kerana menganggap sipelaku masih mentah lalu memberi kelonggaran kepada mereka.

“Sedangkan, kesalahan mereka boleh dihukum mengikut Kanun Keseksaan,” katanya.



Jenayah telefon bimbit

Adakah trend penyalahgunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah sehingga menjurus kepada perlakuan tidak senonoh sudah tidak boleh diselamatkan?




BARU-BARU ini, sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mendapat perhatian 'lebih', gara-gara aksi panas seorang pelajar perempuan dalam klip video yang tersebar ke serata Malaysia.

Klip video yang berlatarbelakangkan sebuah kelas itu menjadi pilihan lokasi penggambaran 'krew remaja' yang sepatutnya menelaah buku.

Rakaman video yang dibuat menerusi telefon bimbit berkamera seperti itu sebenarnya bukan perkara baru dan tidak hanya berlaku di sekolah. Sekali-sekala dada akhbar turut mendedahkan kes seperti ini yang berlaku di bilik sewa, taman rekreasi dan sebagainya. Suka atau tidak, ia seakan satu trend dalam era teknologi hari ini.

Namun, jika ditelitikan, ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan dalam isu aksi panas pelajar ini. Pertamanya, bagaimanakah telefon bimbit boleh dibawa ke sekolah padahal larangan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Bukankah Kementerian Pelajaran telah menarik balik kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun ini seperti yang dilaporkan pada November tahun lalu?

Mungkinkah ini berlaku kerana penguatkuasaan yang lemah di sekolah? Kita sendiri pun tidak pasti jawapannya. Sebabnya kadang-kadang, pihak sekolah berada dalam dilema untuk mengambil tindakan tegas. Ini kerana ibu bapa sering kali menyebelahi pelajar apabila telefon bimbit dirampas pihak sekolah.

Justeru itu, salah siapa? Adakah kita perlu salahkan teknologi?

Jika pengaruh komunikasi teknologi maklumat (ICT) yang dipersalahkan, bukankah kita tidak berkuasa sepenuhnya untuk menentukan trend global? Hakikatnya, manusia terpaksa hanyut dengan arus peredaran zaman.

"Inilah namanya 'fenomena global'. Kalau tak ada 'handphone', macam tak kena dengan masa kini. Tapi, ini jugalah harga yang perlu dibayar. Maksudnya, nikmat pembangunan kebendaan yang hadir dengan kesan positif dan negatif," kata Dr. Sarjit Singh Gill, seorang Ahli Antropologi Sosial dari Universiti Putra Malaysia (UPM).


AKSI-AKSI panas pelajar di sekolah yang disebarkan menerusi telefon bimbit amat memalukan.


Saat dihubungi Kosmo! baru-baru ini, pensyarah kanan ini berkata, pemilikan telefon bimbit di kalangan remaja mahupun pelajar mungkin satu keperluan masa kini. Malah, kebanyakan ibu bapa juga melihat 'keperluan' ini sebagai langkah keselamatan anak sewaktu berlaku kecemasan.

"Pada tahun 1980-an dan 1990-an, waktu belajar pun kita tidak perlukan telefon mudah alih. Itu pun kita tahu bila bas sekolah atau ibu bapa akan datang.

"Akan tetapi, impak ICT yang meluas menyukarkan pemantauan sepenuhnya daripada pihak berkuasa, ibu bapa mahupun sekolah. Selagi telefon bimbit dibawa ke sekolah, selagi itulah anak-anak kita terdedah kepada risiko penyalahgunaan. Ini satu masalah yang tidak patut dipandang remeh," tegasnya.

Majoriti ibu bapa hari ini yang lebih memberi tumpuan kepada aspek kerjaya dan kepuasan material juga secara tidak langsung menyuluh anak remaja ke arah kebebasan melampau. Sedar atau tidak, anak-anak remaja sudah tahu menyimpan wang saku. Bukan untuk membeli buku tetapi telefon bimbit!

Jika hendak dibuat perbandingan, ada ketikanya, telefon mudah alih pelajar-pelajar ini lagi 'terkini' berbanding yang dimiliki ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya turut tidak terkecuali dalam senarai siapa yang harus dipersalahkan.

Jelas Dr. Sarjit lagi, ibu bapa patut menjadi contoh yang baik agar dapat melahirkan generasi 'berkualiti'.

Sementara itu, pihak sekolah tidak patut dipersalahkan sepenuhnya jika larangan membawa telefon bimbit ke sekolah tidak diendahkan oleh pelajar. Ini kerana andainya pihak sekolah merampas telefon bimbit sekali pun, tentunya ia akan mencetuskan kemarahan ibu bapa. Padahal, pelajar sendiri yang melanggar peraturan.

Maka dengan ini adakah bermakna pihak Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah yang lebih tegas dan drastik dalam menguatkuasakan larangan tersebut?

"Pihak kementerian sesungguhnya tiada pilihan tetapi melakukan sesuatu. Kita tidak boleh membentuk masyarakat yang patuh pada peraturan dan bertindak seandainya kita hanya bercakap sahaja," tambahnya.