SEPOHON KAYU DAUNNYA RIMBUN LEBAT BUNGANYA SERTA BUAHNYA...
WALAUPUN HIDUP 1000 TAHUN KALAU TAK SEMBAHYANG APA GUNANYA...
SEJARAH PENULIS
Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Bapaku seorang pekerja di Jabatan Pertanian (MADA) sebagai Tukang K2 & ibuku bekerja sebagai guru Sekolah Menengah. Masa berumur 5 tahun aku tinggal di Kg. Titi Baru, Kepala Batas, Alor Star di rumah nenek bersama bapa & ibuku. Dibesarkan & bersekolah di Jitra, yang dahulunya sebuah pekan yang kecil & sunyi (1984), jauh dari hiruk-pikuk & kesibukkan jalan raya seperti di Alor Setar. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra sehingga tamatnya darjah enam. Semasa di tingkatan 1, aku bersekolah di Sekolah Menengah Seri Mahawangsa. Tetapi ia tidak lama, hanya dalam 2-3bulan berikutnya aku ditukarkan ke sekolah yang telah aku pohon selepas UPSR (masa tu sekolah penuh sangat) iaitu Sekolah Menengah Jitra. Kebetulan ibuku juga mengajar di situ sebagai guru Pendidikan Seni & Bahasa Malaysia tingkatan 1. Semasa di sekolah, aku bergiat cergas didalam Persatuan Bulan Sabit Merah Unit 08 sebagai Quarter Master (tingkatan 3) & Naib Pengerusi / Sarjan Mejar (tingkatan 5). Aku menamatkan pelajaran di Sekolah Menengah sehingga tingkatan 5 (SPM) dan kemudiannya aku menyambungkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian iaitu Institut Kemahiran Mara di Alor Setar dalam tahun 1998.
Dalam tahun 1998 juga, aku kembali bergiat di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah di daerah aku tinggal iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah VAD Unit 26 Jitra. Semasa di dalam VAD 26, aku hanya memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa & mengajar pelajar-pelajar sekolah tentang asas kawad kaki. Sekitar tahun 2005, Pekan Jitra yang pernah aku diami dengan sunyi tidak lagi seperti dulu dengan kemunculan banyak perubahan pembangunan yang tumbuh seperti cendawan. Dulu masa sekolah menegah, kalau nak tengok wayang, karaoke, pusat hiburan, lepak kat shopping kompleks, kena ke 'Uptown' (Alor Setar). Kini tahun 2009, panggung wayang, sukan bowling, karaoke, pusat hiburan, sukan futsal & sebagainya semua ada di Pekan Jitra yang aku kenali sejak dari tahun 1984 masa mula-mula aku jejaki. Masa berubah terlalu pantas. Kini aku telah menjangkau umur sekitar 30-an. Aku masih lagi bergiat macam tahun 1998 hingga tahun 2002, kini bukan lagi dalam VAD 26, tetapi di dalam Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra merangkap ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kubang Pasu, Kedah Darulaman. Aku kini memegang jawatan sebagai Naib Komandan Unit 4. Semakin besar jawatan yang dipegang, semakin berat tanggungjawab yang akan aku lakukan. Semuanya dari sikap keprihatinan & kerjasama dalam nilai kesukarelaan yang telah aku pupuk sejak di Sekolah Menengah lagi. Kini aku bekerja di sebuah syarikat swasta yang agak kukuh di Malaysia. Bertapak di tengah kota Kuala Lumpur. Aku bekerja di Malaysian Maritime Dredging Corporation, Setiawangsa, KL dalam jawatan yang sederhana & sesuai dengan pengalamanku iaitu 'Site Clerk & Logistic Officer'. Kini aku bertapak di Kuala Kedah sehingga tamatnya projek dari syarikat tempat aku bekerja dalam pertengahan bulan April 2009. Kemudian berkemungkinan aku akan kembali ke Kuala Lumpur (HQ) atau ke tapak projek yang baru dijalankan di Batu Pahat, Johor. Namun hatiku untuk meninggalkan seketika Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra dengan berat & hiba sekali. Aku mungkin tidak dapat lagi memberi kerjasama kesukarelaan bersama kawan-kawan seperjuangan di dalam BSMM seperti dulu kerana sibuk dengan urusanku. Namun, hidup mesti diteruskan. Walau apapun terjadi. Aku bernekad mahu teruskan usahaku menjadi insan berjaya dalam apa jua bidang & demi masa depanku membina keluarga. Ku teruskan jua dalam urusanku di pekerjaan sekarang. Alahmdulillah, aku bersyukur kerana Allah membuka pintu rezeki kepadaku. Semoga aku dapat berjaya dalam kehidupan & kebahagian bekerluarga kelak.Insya-Allah..
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kubang Pasu telahbertapak dengan kukuhnya dan didaftarkan secara rasmi pada April 2000 Pssgm Daerah Kubang Pasu ini adalah dibawah pimpinan dan naungan
Cikgu Ismail Bin Ibrahim
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Kubang Pasu 118,Kampung Hutan Getah Belakang Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Tunjang 06000 Jitra Kedah Darul Aman
mari belajar.... Sawaddee murid murid,hari ni mari kita belajar beberapa patah perkataan bahasa thai. saya=phom duit=ngern suka=chorb pergi=pai sayang/cinta=ruck balik=klab kereta=rod tidur=norn tahu=roo jalan=dern tak tahu=mai roo duduk=nang kata=wa cakap=phoot faham=khau jai ambik=au kelab=chomrom rosak=phang cawangan=sakha hari ni=wan ni harga=rakha besok=proong ni mahal=phaeng minyak=narm man murah= thook habis=mot rumah=barn (kena sebut betul2 nanti nak sama dgn ban tembakau) Ya betul,KIN tu maksudnya makan,kin kao=makan nasi kalau perkataan MAI tu maksudnya TAK,jadi kalau tak makan =mai kin. tapi ingatlah sebutan bacaan dgn sebutan bualan memang banyak berbeza..x pa la pelan2 belajar...... setakat ni dulu untuk hari ini,besok jgn lupa bawak duit mai bayar yuran.....keh..keh (kaya kali ni aku) nak pi ajar kat kola kedah la plak..hahaha
demi masa... sesungguhnya aku xmampu mengejarmu yg semakin jauh meninggalkan ku saban waktu
oh mengapa tiap minit tiap saat kau putarkan waktumu bagaikan kilat tanpa sempat ku rungkaikan impian dan hasrat utk masa depan
demi masa emasku ingin ku menjerit tunggulah aku setiap waktu agar kubisa bersaing dgn kepantasanmu mengatur rencana hidupku
demi masa emasku walau kau sering menghambatku namun masih tak terpikul di bahuku segala tanggungan yg diamanahkan kerna ku sering ketinggalan ruang dan peluang bersama-samamu
demi masa emasku berilah ku peluang mengejarmu melintasmu menghargaimu tiap hari dan waktu
Kisah Gaza disaksikan seluruh dunia:Yahudi yang laknatullah ituterbukti kekejamannya-orang awam dibunuh-kuburan dibom-hospital dan ambulan dihancurkan.Setiap hariwanita dan kanak-kanak menjadi mangsabukti pengecut durjana!Satu hari nanti , satu hari nanti,hai Yahudi laknatullahkau akan melihat kekejamanmu sendiridipulangkan kepada dirimu sendiri!Kau akan melihat keadilan Tuhanterbukti nanti !Dan Bani Israil akan hilang dari permukaan bumi!Satu hari nanti, satu hari yang terdekat inimalah pada saat inikezalimanmu akan melingkar ke dalam jiwamuruh-ruh ghaib akan memasungmuke neraka ciptaanmu! Sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa-mangsa kekejaman Zionis Israel ini..AL-FATIHAH
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Apa k
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera bagi yg bukan islam...
Terima kasih kerana sudi melawati laman blogspot saya yang baru saja dibuat ini. Insya-allah, saya akan pertambahkan lagi segala bahan-bahan menarik di suatu masa nanti.