"YA ALLAH...AKU MEMOHON PADAMU SEMOGA ENGKAU SELAMATKANLAH PESAKIT INI...SEMOGA DIA PULIH SECEPAT MUNGKIN..."
SUNGAI BULOH – “Saya belum lagi terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang tetapi hairan kenapa wakil syarikat AB Express tidak langsung datang menjenguk anak saya, Nor Shafiza Azlina, 28, yang koma di hospital.”
Itulah luahan bapa mangsa kemalangan ngeri, Ghali Shafiee, 53, setelah bas syarikat terbabit terbabas di Kilometer 443 dekat Rawang yang turut mengorbankan enam nyawa pada 14 April lalu.
Nor Shafiza Azlina merupakan salah seorang penumpang yang terselamat setelah bas terbabit merempuh pembahagi lebuh raya dipercayai akibat hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari Changlun, Kedah, menghala ke ibu negara.
Dia yang ditemani isterinya, Shatariah Did, 48, berkata, wakil syarikat bas terbabit sepatutnya mempunyai inisiatif untuk menghubunginya bagi bertanyakan khabar anak perempuannya itu.
“Anak saya, Nor Shafiza yang sedang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dalam jurusan bangunan dan kajian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam cedera parah di kepala, tangan dan bahu akibat kemalangan tersebut.
“Dia kini koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh tetapi telah mula menggerakkan sedikit tangannya selain membuka sedikit kelopak mata kelmarin,” katanya ketika ditemui di hospital semalam.
Menurut bapanya, doktor menjangkakan anaknya mungkin mengambil masa hingga setahun untuk pulih.
*Che Own mengharapkan agar kawan² dapat membantu Che Own dengan memohon doa agar pesakit di atas cepat sembuh....Terima kasih kepada kawan² yang datang melawat di Hospital Sg. Buloh.