Mohd Nor Yahya Fri | Mar 27, 09 | 3:56:16 pm MYT | |
KOTA BHARU, 27 Mac (Hrkh) - Tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggantung permit akhbar oposisi dianggap sebagai tindakan jahat dan takut kepada kebenaran terbongkar. Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari. "Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini. Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan. Menurutnya tindakan KDN yang diterajui pemimpin Umno jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang. "Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat. "Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya. Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh. "Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. "Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya. Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar. - mks._ |
JANGAN ABAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA
SEPOHON KAYU
DAUNNYA RIMBUN
LEBAT BUNGANYA
SERTA BUAHNYA...
WALAUPUN HIDUP 1000 TAHUN
KALAU TAK SEMBAHYANG
APA GUNANYA...
DAUNNYA RIMBUN
LEBAT BUNGANYA
SERTA BUAHNYA...
WALAUPUN HIDUP 1000 TAHUN
KALAU TAK SEMBAHYANG
APA GUNANYA...
SEJARAH PENULIS
Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Bapaku seorang pekerja di Jabatan Pertanian (MADA) sebagai Tukang K2 & ibuku bekerja sebagai guru Sekolah Menengah. Masa berumur 5 tahun aku tinggal di Kg. Titi Baru, Kepala Batas, Alor Star di rumah nenek bersama bapa & ibuku. Dibesarkan & bersekolah di Jitra, yang dahulunya sebuah pekan yang kecil & sunyi (1984), jauh dari hiruk-pikuk & kesibukkan jalan raya seperti di Alor Setar. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra sehingga tamatnya darjah enam. Semasa di tingkatan 1, aku bersekolah di Sekolah Menengah Seri Mahawangsa. Tetapi ia tidak lama, hanya dalam 2-3bulan berikutnya aku ditukarkan ke sekolah yang telah aku pohon selepas UPSR (masa tu sekolah penuh sangat) iaitu Sekolah Menengah Jitra. Kebetulan ibuku juga mengajar di situ sebagai guru Pendidikan Seni & Bahasa Malaysia tingkatan 1. Semasa di sekolah, aku bergiat cergas didalam Persatuan Bulan Sabit Merah Unit 08 sebagai Quarter Master (tingkatan 3) & Naib Pengerusi / Sarjan Mejar (tingkatan 5). Aku menamatkan pelajaran di Sekolah Menengah sehingga tingkatan 5 (SPM) dan kemudiannya aku menyambungkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian iaitu Institut Kemahiran Mara di Alor Setar dalam tahun 1998.
Dalam tahun 1998 juga, aku kembali bergiat di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah di daerah aku tinggal iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah VAD Unit 26 Jitra. Semasa di dalam VAD 26, aku hanya memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa & mengajar pelajar-pelajar sekolah tentang asas kawad kaki. Sekitar tahun 2005, Pekan Jitra yang pernah aku diami dengan sunyi tidak lagi seperti dulu dengan kemunculan banyak perubahan pembangunan yang tumbuh seperti cendawan. Dulu masa sekolah menegah, kalau nak tengok wayang, karaoke, pusat hiburan, lepak kat shopping kompleks, kena ke 'Uptown' (Alor Setar). Kini tahun 2009, panggung wayang, sukan bowling, karaoke, pusat hiburan, sukan futsal & sebagainya semua ada di Pekan Jitra yang aku kenali sejak dari tahun 1984 masa mula-mula aku jejaki. Masa berubah terlalu pantas. Kini aku telah menjangkau umur sekitar 30-an. Aku masih lagi bergiat macam tahun 1998 hingga tahun 2002, kini bukan lagi dalam VAD 26, tetapi di dalam Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra merangkap ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kubang Pasu, Kedah Darulaman. Aku kini memegang jawatan sebagai Naib Komandan Unit 4. Semakin besar jawatan yang dipegang, semakin berat tanggungjawab yang akan aku lakukan. Semuanya dari sikap keprihatinan & kerjasama dalam nilai kesukarelaan yang telah aku pupuk sejak di Sekolah Menengah lagi. Kini aku bekerja di sebuah syarikat swasta yang agak kukuh di Malaysia. Bertapak di tengah kota Kuala Lumpur. Aku bekerja di Malaysian Maritime Dredging Corporation, Setiawangsa, KL dalam jawatan yang sederhana & sesuai dengan pengalamanku iaitu 'Site Clerk & Logistic Officer'. Kini aku bertapak di Kuala Kedah sehingga tamatnya projek dari syarikat tempat aku bekerja dalam pertengahan bulan April 2009. Kemudian berkemungkinan aku akan kembali ke Kuala Lumpur (HQ) atau ke tapak projek yang baru dijalankan di Batu Pahat, Johor. Namun hatiku untuk meninggalkan seketika Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra dengan berat & hiba sekali. Aku mungkin tidak dapat lagi memberi kerjasama kesukarelaan bersama kawan-kawan seperjuangan di dalam BSMM seperti dulu kerana sibuk dengan urusanku. Namun, hidup mesti diteruskan. Walau apapun terjadi. Aku bernekad mahu teruskan usahaku menjadi insan berjaya dalam apa jua bidang & demi masa depanku membina keluarga. Ku teruskan jua dalam urusanku di pekerjaan sekarang. Alahmdulillah, aku bersyukur kerana Allah membuka pintu rezeki kepadaku. Semoga aku dapat berjaya dalam kehidupan & kebahagian bekerluarga kelak.Insya-Allah..

Saturday, March 28, 2009
EDISI TERKINI
Boikot akhbar pro-Umno 3 bulan - Nik Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment