JANGAN ABAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA

SEPOHON KAYU
DAUNNYA RIMBUN
LEBAT BUNGANYA
SERTA BUAHNYA...

WALAUPUN HIDUP 1000 TAHUN
KALAU TAK SEMBAHYANG
APA GUNANYA...

SEJARAH PENULIS

Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Bapaku seorang pekerja di Jabatan Pertanian (MADA) sebagai Tukang K2 & ibuku bekerja sebagai guru Sekolah Menengah. Masa berumur 5 tahun aku tinggal di Kg. Titi Baru, Kepala Batas, Alor Star di rumah nenek bersama bapa & ibuku. Dibesarkan & bersekolah di Jitra, yang dahulunya sebuah pekan yang kecil & sunyi (1984), jauh dari hiruk-pikuk & kesibukkan jalan raya seperti di Alor Setar. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra sehingga tamatnya darjah enam. Semasa di tingkatan 1, aku bersekolah di Sekolah Menengah Seri Mahawangsa. Tetapi ia tidak lama, hanya dalam 2-3bulan berikutnya aku ditukarkan ke sekolah yang telah aku pohon selepas UPSR (masa tu sekolah penuh sangat) iaitu Sekolah Menengah Jitra. Kebetulan ibuku juga mengajar di situ sebagai guru Pendidikan Seni & Bahasa Malaysia tingkatan 1. Semasa di sekolah, aku bergiat cergas didalam Persatuan Bulan Sabit Merah Unit 08 sebagai Quarter Master (tingkatan 3) & Naib Pengerusi / Sarjan Mejar (tingkatan 5). Aku menamatkan pelajaran di Sekolah Menengah sehingga tingkatan 5 (SPM) dan kemudiannya aku menyambungkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian iaitu Institut Kemahiran Mara di Alor Setar dalam tahun 1998.

Dalam tahun 1998 juga, aku kembali bergiat di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah di daerah aku tinggal iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah VAD Unit 26 Jitra. Semasa di dalam VAD 26, aku hanya memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa & mengajar pelajar-pelajar sekolah tentang asas kawad kaki. Sekitar tahun 2005, Pekan Jitra yang pernah aku diami dengan sunyi tidak lagi seperti dulu dengan kemunculan banyak perubahan pembangunan yang tumbuh seperti cendawan. Dulu masa sekolah menegah, kalau nak tengok wayang, karaoke, pusat hiburan, lepak kat shopping kompleks, kena ke 'Uptown' (Alor Setar). Kini tahun 2009, panggung wayang, sukan bowling, karaoke, pusat hiburan, sukan futsal & sebagainya semua ada di Pekan Jitra yang aku kenali sejak dari tahun 1984 masa mula-mula aku jejaki. Masa berubah terlalu pantas. Kini aku telah menjangkau umur sekitar 30-an. Aku masih lagi bergiat macam tahun 1998 hingga tahun 2002, kini bukan lagi dalam VAD 26, tetapi di dalam Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra merangkap ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kubang Pasu, Kedah Darulaman. Aku kini memegang jawatan sebagai Naib Komandan Unit 4. Semakin besar jawatan yang dipegang, semakin berat tanggungjawab yang akan aku lakukan. Semuanya dari sikap keprihatinan & kerjasama dalam nilai kesukarelaan yang telah aku pupuk sejak di Sekolah Menengah lagi. Kini aku bekerja di sebuah syarikat swasta yang agak kukuh di Malaysia. Bertapak di tengah kota Kuala Lumpur. Aku bekerja di Malaysian Maritime Dredging Corporation, Setiawangsa, KL dalam jawatan yang sederhana & sesuai dengan pengalamanku iaitu 'Site Clerk & Logistic Officer'. Kini aku bertapak di Kuala Kedah sehingga tamatnya projek dari syarikat tempat aku bekerja dalam pertengahan bulan April 2009. Kemudian berkemungkinan aku akan kembali ke Kuala Lumpur (HQ) atau ke tapak projek yang baru dijalankan di Batu Pahat, Johor. Namun hatiku untuk meninggalkan seketika Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra dengan berat & hiba sekali. Aku mungkin tidak dapat lagi memberi kerjasama kesukarelaan bersama kawan-kawan seperjuangan di dalam BSMM seperti dulu kerana sibuk dengan urusanku. Namun, hidup mesti diteruskan. Walau apapun terjadi. Aku bernekad mahu teruskan usahaku menjadi insan berjaya dalam apa jua bidang & demi masa depanku membina keluarga. Ku teruskan jua dalam urusanku di pekerjaan sekarang. Alahmdulillah, aku bersyukur kerana Allah membuka pintu rezeki kepadaku. Semoga aku dapat berjaya dalam kehidupan & kebahagian bekerluarga kelak.Insya-Allah..

SOALAN KUIZ MINGGU INI



Saturday, March 14, 2009

CERITA LAWAK 8

PISAU
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar
sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan
terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang
juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa
dengan sebuah pisau lipat di atas tanah.
Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat
penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan
barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat
dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum
mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau
lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah
perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian
pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya
sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana
namanya terukir di sini.. Tapi saya
inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui
kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu
tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau
lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama
pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

No comments:

Post a Comment