JANGAN ABAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA

SEPOHON KAYU
DAUNNYA RIMBUN
LEBAT BUNGANYA
SERTA BUAHNYA...

WALAUPUN HIDUP 1000 TAHUN
KALAU TAK SEMBAHYANG
APA GUNANYA...

SEJARAH PENULIS

Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Bapaku seorang pekerja di Jabatan Pertanian (MADA) sebagai Tukang K2 & ibuku bekerja sebagai guru Sekolah Menengah. Masa berumur 5 tahun aku tinggal di Kg. Titi Baru, Kepala Batas, Alor Star di rumah nenek bersama bapa & ibuku. Dibesarkan & bersekolah di Jitra, yang dahulunya sebuah pekan yang kecil & sunyi (1984), jauh dari hiruk-pikuk & kesibukkan jalan raya seperti di Alor Setar. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra sehingga tamatnya darjah enam. Semasa di tingkatan 1, aku bersekolah di Sekolah Menengah Seri Mahawangsa. Tetapi ia tidak lama, hanya dalam 2-3bulan berikutnya aku ditukarkan ke sekolah yang telah aku pohon selepas UPSR (masa tu sekolah penuh sangat) iaitu Sekolah Menengah Jitra. Kebetulan ibuku juga mengajar di situ sebagai guru Pendidikan Seni & Bahasa Malaysia tingkatan 1. Semasa di sekolah, aku bergiat cergas didalam Persatuan Bulan Sabit Merah Unit 08 sebagai Quarter Master (tingkatan 3) & Naib Pengerusi / Sarjan Mejar (tingkatan 5). Aku menamatkan pelajaran di Sekolah Menengah sehingga tingkatan 5 (SPM) dan kemudiannya aku menyambungkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian iaitu Institut Kemahiran Mara di Alor Setar dalam tahun 1998.

Dalam tahun 1998 juga, aku kembali bergiat di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah di daerah aku tinggal iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah VAD Unit 26 Jitra. Semasa di dalam VAD 26, aku hanya memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa & mengajar pelajar-pelajar sekolah tentang asas kawad kaki. Sekitar tahun 2005, Pekan Jitra yang pernah aku diami dengan sunyi tidak lagi seperti dulu dengan kemunculan banyak perubahan pembangunan yang tumbuh seperti cendawan. Dulu masa sekolah menegah, kalau nak tengok wayang, karaoke, pusat hiburan, lepak kat shopping kompleks, kena ke 'Uptown' (Alor Setar). Kini tahun 2009, panggung wayang, sukan bowling, karaoke, pusat hiburan, sukan futsal & sebagainya semua ada di Pekan Jitra yang aku kenali sejak dari tahun 1984 masa mula-mula aku jejaki. Masa berubah terlalu pantas. Kini aku telah menjangkau umur sekitar 30-an. Aku masih lagi bergiat macam tahun 1998 hingga tahun 2002, kini bukan lagi dalam VAD 26, tetapi di dalam Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra merangkap ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kubang Pasu, Kedah Darulaman. Aku kini memegang jawatan sebagai Naib Komandan Unit 4. Semakin besar jawatan yang dipegang, semakin berat tanggungjawab yang akan aku lakukan. Semuanya dari sikap keprihatinan & kerjasama dalam nilai kesukarelaan yang telah aku pupuk sejak di Sekolah Menengah lagi. Kini aku bekerja di sebuah syarikat swasta yang agak kukuh di Malaysia. Bertapak di tengah kota Kuala Lumpur. Aku bekerja di Malaysian Maritime Dredging Corporation, Setiawangsa, KL dalam jawatan yang sederhana & sesuai dengan pengalamanku iaitu 'Site Clerk & Logistic Officer'. Kini aku bertapak di Kuala Kedah sehingga tamatnya projek dari syarikat tempat aku bekerja dalam pertengahan bulan April 2009. Kemudian berkemungkinan aku akan kembali ke Kuala Lumpur (HQ) atau ke tapak projek yang baru dijalankan di Batu Pahat, Johor. Namun hatiku untuk meninggalkan seketika Bulan Sabit Merah Malaysia Unit 4 Jitra dengan berat & hiba sekali. Aku mungkin tidak dapat lagi memberi kerjasama kesukarelaan bersama kawan-kawan seperjuangan di dalam BSMM seperti dulu kerana sibuk dengan urusanku. Namun, hidup mesti diteruskan. Walau apapun terjadi. Aku bernekad mahu teruskan usahaku menjadi insan berjaya dalam apa jua bidang & demi masa depanku membina keluarga. Ku teruskan jua dalam urusanku di pekerjaan sekarang. Alahmdulillah, aku bersyukur kerana Allah membuka pintu rezeki kepadaku. Semoga aku dapat berjaya dalam kehidupan & kebahagian bekerluarga kelak.Insya-Allah..

SOALAN KUIZ MINGGU INI



Saturday, March 14, 2009

18SX: CERITA LAWAK13

Seluar Panjang
"Di sebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya, kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnya gadis itupun menceritakan kesedihannya, "Abang, kalau datang ke rumah, jangan pakai kain la....., malulah dengan keluarga".

Akhirnya si kekasih menyanggupinya untuk memakai seluar: " Ok esok abang
beli kain untuk buat seluar panjang." Sesudah membeli bahan seluar, pemuda
itu pergi ke tukang jahit untuk menjahitkan bahan seluarnya.

Pada hari yang dijanjikan, pemuda itu kembali ke tukang jahit untuk mengambil seluar yang sudah siap. Kata tukang jahit; "encik..., seluarnya sudah siap. Masih ada sisa bahan 1/2 meter lagi. Bolehlah bawak balik"




Pemuda itu seronok, jadi juga seluarnya, fikirnya. Dia balik ke rumah dan petang harinya terus menuju kerumah si kekasih untuk menunjukkan seluar barunya. Dia memakai seluar itu. Tapi kerana kebiasaan, dia uga tetap memakai kain sarungnya. Maknanya seluar di dalam dan di luar ialan kain pelikat.

Di tengah perjalanan, si pemuda sakit perut. Kerana tidak tahan,akhirnya
dia ke tandas awam. Segera setelah selesai buang hajat, dia terburu-buru
memakai kain pelikatnya , dan lupa memakai seluar panjang barunya.

Ketika sampai dirumah sang kekasih, si gadis berkata; "Laa banggg mengapa
masih pakai kain pelikat, kata nak pakai seluar panjang....tapi masih pakai
kain jugak?" Dengan bangga si pemuda mengangkat kain sarungnya sambil
berkata; "Nih.. tengoklaaa, kan abang pakai seluar baru abang". Seketika
itu si gadis menjerit ; "Ihhhhhhhhh...bangg, panjang nyerrr..." Dengan tersenyum bangga si pemuda enjawab; "Memanglah ...panjang. Dirumah juga masih ada 1/2 meter lagi"...

Gadis: *&#????? "

No comments:

Post a Comment